Selamat Datang ke Blog Keyboard Lapuk. Sebuah blog terhebat dari kami sejak 21 Disember 2012. Kami menyajikan pelbagai cerita dan berita menarik dan terkini untuk hiburan, pengetahuan, dan macam-macam lagi hanya untuk anda. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau pendapat, boleh email kan kepada kami di keyboardlapuk@gmail.com. Sila ikuti perkembangan atau post terbaru kami melalui Facebook di www.facebook.com/keyboardlapuk atau melalui Twitter kami @KeyboardLapuk. Setiap pandangan dan pendapat anda kami akan nilai dari sudut yang positif untuk meningkatkan lagi mutu penulisan dan penambah baikan kepada blog kami. Terima Kasih dan Datang Lagi.

Followers

KAROOT : Ada apa dengan 21.12.2012?







Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 34)

Ertinya dalam hadis ini Nabi s.a.w. menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.
Pertama, ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat. Bukan sahaja Nabi s.a.w. dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.

Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.

Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.

Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.

Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
_________________________________________________________________________________
Suara TeamKeyboardLapuk : Wallahualam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala isi bumi di dalam dan luarnya serta sekalian alam. 
_________________________________________________________________________________
Posted on 21/12/2012 at 10.00pm - Admin ImranAzman

Suka topik ini? Sila klik Like.

No comments:

Post a Comment