Selamat Datang ke Blog Keyboard Lapuk. Sebuah blog terhebat dari kami sejak 21 Disember 2012. Kami menyajikan pelbagai cerita dan berita menarik dan terkini untuk hiburan, pengetahuan, dan macam-macam lagi hanya untuk anda. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau pendapat, boleh email kan kepada kami di keyboardlapuk@gmail.com. Sila ikuti perkembangan atau post terbaru kami melalui Facebook di www.facebook.com/keyboardlapuk atau melalui Twitter kami @KeyboardLapuk. Setiap pandangan dan pendapat anda kami akan nilai dari sudut yang positif untuk meningkatkan lagi mutu penulisan dan penambah baikan kepada blog kami. Terima Kasih dan Datang Lagi.

Followers

(Pre-Opening) - Pengenalan Blog

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia !

Alhamdulillah, masa yang ditunggu-tunggu kini tiba.
Blog KeyboardLapuk kini di dalam proses pre-opening selama 12 jam bermula pada 20/12/2012 jam 10.00 malam ini... Pre-Opening adalah  jangka masa untuk kami mempromosikan blog kami sebelum ia dibuka secara umum esok 21/12/2012, jam 10.00 pagi.
Logo Blog Keyboard Lapuk

Kepada korang yang sudah sekian lama menanti pembukaan blog ini,
terima kasih kami ucapkan kerana sudi sentiasa menyokong kami walau jatuh dan bangkit kami sekali pun. Sokongan korang semua amat kami hargai...

Entri pertama ini adalah untuk memperkenalkan isi-isi blog yang terkandung dan telah siap kami sediakan.
Mari berkenalan dengan "KeyboardLapuk" !

Kami telah menyediakan beberapa halaman iaitu Halaman Utama, Suara Penaja, Informasi Terkini, Berita Penting, Koleksi Gambar, Facebook, Twitter, Tentang Blog, dan halaman Hubungi Kami.
Halaman ini disediakan bagi memudahkan pembaca untuk mengetahui lebih lanjut isi kandung blog kami dengan lebih kemas dan teratur.

Berkenalan secara ringkas dengan halaman-halaman yang telah disediakan :

1) Halaman Utama - Halaman Utama adalah sebuah halaman di mana tersedianya post-post entri dari kami dan juga dimana tempat pembaca akan landing setelah membuka blog kami. Kebanyak mereka sudah tahu tentang halaman ini. *kira basic blog je kot.

2) Suara Penaja - Halaman Suara Penaja ini pula ditubuhkan untuk berkongsi bersama pembaca berkenaan dengan status ringkas dari Head Admin KeyboardLapuk dan Team KeyboardLapuk tentang aktiviti terkini blog KeyboardLapuk ini. Secara ringkasnya, halaman ni kira wall status seperti Facebook atau Twitter. Tetapi, apa yang kami update di halaman ini adalah berbeza dengan fan page Facebook dan Twitter kami. Jadi, ia lebih menarik kerana semua yang di-update adalah secara manual.

3) Informasi Terkini - Halaman ini pula adalah untuk berkongsi dengan pembaca informasi terkini ditulis ringkas dari kami sebelum kami post informasi tersebut menjadi satu entri di Halaman Utama. Informasi terkini akan berkongsikan kepada pembaca info-info baru yang menarik di dalam mahupun di luar negara.

4) Berita Penting - Halaman ini adalah lebih kurang formatnya seperti halaman Informasi Terkini. Tetapi halaman ini lebih diberi keutamaan kepada berita-berita penting di dalam negara sahaja. 
Politik tidak akan diambil kira langsung oleh kami. Ruangan ini perlu diberi perhatian untuk pengetahuan pembaca apa yang sedang berlaku di dalam Malaysia.

5) Koleksi Gambar - Ruangan ini tidak lah begitu penting. Hanya ingin berkongsi bersama pembaca, gambar-gambar yang kami upload sepanjang pengalaman kami merantau di bumi sementara ini. Gambar yang di-upload ke ruangan ini tidak ada kena mengena dengan post entri di Halaman Utama. *seperti gambar hiasan untuk memenuhi ruangan blog =P

6) Facebook - Halaman ini cuma mempamerkan widget post page Facebook kami yang telah kami post melalui fanpage kami di http://www.facebook.com/keyboardlapuk.

7) Twitter - Halaman ini sama dengan halaman Facebook. Cuma perbezaannya adalah halaman ini memaparkan widget post page kami melalui akaun Twitter kami di https://twitter.com/KeyboardLapuk.

8) Tentang Blog - Halaman ini adalah untuk perkongsian bersama pembaca sejarah blog Keyboard Lapuk ini dengan tepat. Dimuatkan juga "Management" dan logo blog untuk memperkenalkan kepada semua pembaca.

9) Hubungi Kami - Ruangan ini adalah seperti biasa, untuk memudahkan kepada semua pembaca cara untuk menghubungi kami jika terdapat sebarang keraguan, pertanyaan, pendapat dan sebagainya kepada Head Admin. Caranya mudah sahaja, kami telah berikan contoh di halaman tersebut untuk lebih lanjut.

Ya, begitulah secara ringkasnya pengenalan blog kami sepanjang 12 jam, tempoh pre-opening sebelum dibuka secara umum. Mudah-mudahan, Keyboard Lapuk mendapat sambutan yang amat menggalakkan sepanjang bersama industri seni blogger seluruh Malaysia. InsyaAllah.

Kami juga mengharapkan kerjasama dari korang semua untuk mempromosikan blog terbaru yang akan menggegar Malaysia ini kepada rakan-rakan, sahabat, saudara-mara dan seisi keluarga. Blog ini menjanjikan yang terbaik untuk anda semua !

Sekian.
_________________________________________________________________
Posted on 20/12/2012 at 10.00pm - Admin ImranAzman

Suka topik ini? Sila klik Like.

3 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Tahniah..moga dapat teruskan perjuangan ini...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...

    Terima kasih Miss Ct.. Harap sangat blog ni dapat sambutan yang menggalakkan lebih2 lagi dari BCRians :D

    ReplyDelete
  3. En imran azman : tahniah ye dan good luck .. tak sabar nak baca blog u ni..

    ReplyDelete