Selamat Datang ke Blog Keyboard Lapuk. Sebuah blog terhebat dari kami sejak 21 Disember 2012. Kami menyajikan pelbagai cerita dan berita menarik dan terkini untuk hiburan, pengetahuan, dan macam-macam lagi hanya untuk anda. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau pendapat, boleh email kan kepada kami di keyboardlapuk@gmail.com. Sila ikuti perkembangan atau post terbaru kami melalui Facebook di www.facebook.com/keyboardlapuk atau melalui Twitter kami @KeyboardLapuk. Setiap pandangan dan pendapat anda kami akan nilai dari sudut yang positif untuk meningkatkan lagi mutu penulisan dan penambah baikan kepada blog kami. Terima Kasih dan Datang Lagi.

Followers

Tentang Blog

_________________________________________________________________
 MANAGEMENT 
Head Admin : Muhamad Imran Bin Azman (Admin ImranAzman)
Assistant Head Admin : -vacant-
Financial : Muhamad Imran Bin Azman
Promoter : Muhamad Haqim Bin Azman (Admin HaqimAzman)
Team KeyboardLapuk :-
1) Muhamad Haqim Bin Azman
2) Nur Aisyah Binti Azman
3) -vacant-
4) -vacant-
5) -vacant-
6) Secret Blog Writer
7) Secret Blog Moderator
_________________________________________________________________
 Sejarah KeyboardLapuk 
Blog Keyboard Lapuk telah ditubuhkan dan dibuka secara umum pada 21 Disember 2012, hari Jumaat.
Perancangan untuk membuka blog ini telah mengambil masa selama 5 bulan sebelum kertas kerja dibentangkan sepenuhnya dihadapan Admin dan Team "Keyboard Lapuk" pada 10 Disember 2012, hari Isnin.

*****************************************************************
Banner promosi blog sebelum pembukaan. Banner ini direka oleh Admin ImranAzman.
Telah ditayangkan secara umum pada 13 - 20 Disember 2012.
*****************************************************************
Tarikh 21 Disember 2012 ini diambil untuk tarikh pembukaan blog ini kerana jatuhnya tarikh tersebut pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Selain itu, tarikh itu juga menarik perhatian dengan nombor dari tarikh tersebut iaitu 21.12.12.
Nama asal blog ini adalah "Seribu Tapak" dan beralamat, seributapak.blogspot.com. Oleh kerana pihak kami mengalami beberapa masalah dan sedikit perbalahan yang timbul, 
Admin ImranAzman (Head Admin Blog Keyboard Lapuk) telah membubarkan "Seribu Tapak" dan telah menukar nama blog sepenuhnya kepada "Keyboard Lapuk" dan beralamat, keyboardlapuk.blogspot.com hingga hari ini.
Dengan persetujuan semua Team Keyboard Lapuk, kami meneruskan kerja-kerja untuk mempersiapkan blog ini secepat mungkin kerana masa yang diberikan amat singkat iaitu selama 10 hari sahaja.
Dengan berkat kesungguhan dan kerjasama dari semua pihak Team Keyboard Lapuk, blog ini berjaya disiapkan sepenuhnya pada 20 Disember 2012, hari Khamis iaitu sehari sebelum tarikh pembukaan blog ini kepada umum.

Nama "Keyboard Lapuk" dipilih dan mendapat persetujuan sepenuhnya adalah kerana, semasa "Seribu Tapak" sedang di dalam pembikinan, Admin menggunakan sebuah komputer usang dan sangat berhabuk kondisi komputer tersebut. Setelah beberapa hari, komputer mengalami masalah serius dan menjadi salah satu punca masalah "Seribu Tapak" yang timbul antara pihak Admin dan Team.

*****************************************************************
Banner promosi.
Banner ini juga direka oleh Admin Imran Azman. Banner ini diletakkan di
Facebook page Blog Keyboard Lapuk.
Mula ditayangkan pada 21 Disember 2012.
*****************************************************************
Idea perkataan "Lapuk" diambil berdasarkan pengalaman kami bekerja menggunakan komputer yang usang atau sudah lapuk. Perkataan "Keyboard" pula diambil sebagai tambahan untuk menyerikan lagi tajuk blog kerana dengan keyboard komputer usang tersebut kami membuat kerja untuk menaip.
Dengan itu, terciptalah nama "Keyboard Lapuk" untuk blog ini. Nama ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakan-rakan terdekat yang sentiasa menyokong kerja kami.

"Keyboard Lapuk" adalah sebuah blog yang mengutamakan berita dan isu semasa di dalam dan luar negara. Tetapi kami tidak sama sekali mengambil isu politik untuk dimuatkan kedalam blog ini.
Selain dari itu, kami selitkan kisah-kisah menarik, hiburan, lawak jenaka, jualan, iklan, soal dan jawab, kesihatan, keagamaan, fakta, promosi, dan bermacam-macam lagi yang akan kami labelkan mengikut setiap topik yang akan dimuatkan kedalam blog ini.

Semoga anda semua terhibur dengan "Keyboard Lapuk" bersama kami.
Sebarang pendapat atau pandangan sila rujuk (klik sini) untuk maklumat lanjut.
_________________________________________________________________
Last updated on 20 December 2012 at 4:27am - Team KeyboardLapuk.

Suka topik ini? Sila klik Like.

No comments:

Post a Comment